Friday, July 11, 2008

Always Time To Die by Elizabeth Lowell

Former U.S. Senator Quintrell is dead. His son, New Mexico's governor, is preparing his run for the highest political office in the land.

And dark family secrets are about to explode with the devastating force of a Southwestern earthquake.

An eccentric Quintrell aunt has invited genealogist Carolina "Carly" May to their Taos compound to compile a record of the illustrious family. But digging into the past is raising troubling questions about a would-be president's private life . . . and the grisly street crime that left his drug-addicted sister dead. As a dark world of twisted passions and depravity slowly opens up before Carly, there is no one whom she dares trust - perhaps least of all Dan Duran, a dangerous, haunted enigma who's tied to the Quintrells' history. But she will need an ally to survive the terrible mysteries a father carried to the grave - because following the bloodlines of the powerful can be a bloody business. And some dead secrets can kill.

Always Time To Die ni novel ke-4 karya Elizabeth Lowell yang aku baca. Kiranya cerita ni secara keseluruhannya pasal Carly May yang diupah oleh Ms. Winnifred utk mengkaji salasilah family Castillo yang juga mempunyai kaitan dengan family Quintrell. Dalam menjalankan tugasnya itu, Carly bertemu dengan Dan Duran yang merupakan cucu kepada bekas Senator Quintrell.

Dalam menjalankan siasatan, Carly beberapa kali diugut supaya tidak meneruskan kerja2nya. Tapi kerana tugas dan rasa ingin tahunya walaupun terdapat beberapa kematian sepanjang penyiasatannya, akhirnya terbongkarlah sejarah hitam keturunan bekas Senator Q di mana Gabenor Q sebenarnya bukanlah waris Quintrell yang sah. Dengan kata lain, Gabenor Q adalah anak luar nikah bekas Senator Q yang telah membunuh anak kandung sebenar (Josh Q yg identitinya diguna oleh Gabenor Q skrg).

Tetapi apa yg musykilnya apabila diperiksa akan DNA yang digunakan oleh Josh Q skrg a.k.a Gabenor Q menunjukkan bahawa Josh Q adalah anak kandung bekas Senator Q. Memandangkan Dan Duran adalah cucu kepada bekas Senator Q, dia mengambil keputusan utk membandingkan DNAnya dengan DNA Josh Q. Sungguh menakjubkan apabila dia mendapati DNA mereka adalah sama (mcm DNA kembar seiras). Ini bermakna salah seorang dari mereka ber2 adalah penyamar. Maka terbongkarlah rahsia John Q juga identiti sebenar Dan Duran yang selama ini menyangkakan bahawa bekas Senator Q adalah datuknya. Tetapi rupa2nya lelaki itu adalah merupakan ayah kandungnya (ini kerana bekas Senator Q sangat terkenal dengan sikap playboynya & dia juga telah memperkosa anak perempuannya (nenek Dan Duran) dan juga anak perempuannya hasil hubungan sumbang mahramnya dengan nenek Dan Duran (ibu kepada Dan Duran). No wonder ibu Dan sangat sensitif dan mengharamkan sama sekali nama bekas Senator Q disebut di dalam rumahnya.

So... begitulah ceritanya. Agak menarik jugak walaupun lebih boring berbanding 3 lagi novel Elizabeth Lowell yang aku baca.



1 comment:

Anonymous said...

Dey, sila link blog resensi kitalah utk tujuan promosi. :)

fssf
-admin Ketikamembaca-