Wednesday, July 23, 2008

Tentang... Dhiya by Syud

Buku ni sebetulnya aku pinjam dari officemate. Dah beberapa hari jugak la aku pinjam tapi tak tersentuh pun kat rak buku. Last2 ntah mcm mana aku blh terasa 'ala, pulangkan je la.. mesti aku x baca buku ni nanti'. Tapi alang2 ambik dan pegang terus je aku belek 1st page. 'Hmm.. not bad!' so apa lagi..? Aku pun teruskanlah membacanya.

Sampai la smalam aku tidur lambat semata-mata nak menghabiskan baca buku ni. Overall, aku sangat seronok sepanjang membacanya. Kesimpulan yang boleh aku buat, Syud ni memang berbakat dalam bidang penulisan. Dan sebagai seorang penulis, dia ni seorang yang UNIK sebab cara penceritaannya cukup la bersahaja. Tak terlalu berbunga2. Mungkin sebab watak Lisa & Azril tu mcm tu kot.

Buku ni aku simpulkan [pada pandangan peribadi aku la] sebagai 1 karya komedi romantik. Dua2nya seimbang, x lebih x kurang.

Lisa ngan Azril ni aku rasa diorang ber2 ni ada agak banyak persamaan la jugak. Contohnya cam susah nak terima pendapat org lain. Mcm Lisa, kawan2 dia slalu jugak puji2 Azril tapi agak payah la si Lisa ni nak menerima kebaikan yang ada dalam diri mamat sorang ni. Yang si Azril ni plak susah nak jumpa dgn papa dia. Dah puas dipujuk oleh abangnya sampai mama dia cakap x payah la nak paksa dia kot2 berlaku something yang x diingini plak. Sebab Azril jadi mcm tu: mama & papa dia bercerai + awek dia meninggal sebab leukemia masa dia join BTN (kalau x salah aku la).

Aku suka character Azril bila dia mula sedar ada betulnya cakap Lisa pasal papanya. 'Walau buruk mcm mana pun dia, dia tetap papa awk. Bla, bla, bla..' Memandangkan Lisa sudah kehilangan kedua ibu bapanya dlm 1 kemalangan tentu dia merasa agak cemburu terhadap Azril. Walaupun Azril membenci papanya, sekurang2nya keluarganya cukup lengkap. Sedangkan Lisa terasa dirinya menumpang kasih keluarga Ayah Ngahnya. Pas tu siap letak post-it note lagi kat buku Lisa menyatakan maaf sebab being such a jerk. Tapi malangnya Lisa x pernah tahu pasal maaf itu. Lagi 1 dia ni mula2 x confident yang dia suka kat Lisa tapi dah lama2 kenal dan paham peel si minah ni buatkan dia ambik keputusan nak berterus trg je pasal perasaan dia. Time membacanya aku mcm boleh nampak kat ruang mata & otak ni mcm mana keadaan Azril time tu. Nak tergelak pun ada. *Imaginasi masa membaca tu penting!!*

Part yang aku rasa kelakar (1) masa time Lisa tersedak kat umah cikgu dia time makan bile terpandang si Azril. Dah la tu, siap buat2 xkenal plak. Tu 2nd time dia tersedak bile berdepan ngan Azril. Itu pun setelah dia terjumpa post-it note yang Azril lekatkan kat belakang buku notanya 3 tahun yg lalu. So dari situ la mereka kembali berbaik walaupun dok beraku kau. (2) time Azril rancak dok bersms ngan Lisa yang tetiber dia terbaca sms 'aku nak bertunang la bongek!' & then terkedu dan dia rasa something yang biasa kita rasa bila org yang kita suka tapi kita x terus trg ngan dia pasal perasaan kita nak bertunang @ kawin ngan org lain. (3) masa terbaca list yang Jiji buat utk Lisa pasal respon yang biasanya akan berlaku bila Lisa bertemu dgn Azril. (4) masa Lisa cakap kat tepon 'Dear, kat mana ni?' lepas tu kena gelak ngan Abang Ngah dia sebab tersalah dail no. Benarnya dia nak tepon si Azril tapi tertepon Abang Ngahnya. Time tu dia ngan Azril dah official bergelar couple. Beberapa hari asyik kena ajuk ngan Abang Ngahnya pasal 'Dear'. Sampai last2 1 family tahu dia ngan Azril couple. Ha ha ha ha!! Lawak betul. & ada la beberapa part lagi.

Nak tahu..? Kena la baca sendiri. Anyway, nak je aku beli buku ni & mintak t/tangan Syud ni time pesta buku Selangor kat pkns Shah Alam 26 Julai ni nanti. Sebabnya aku jaga booth hari esok (25/7) ngan selasa (29/7) je. So xde can la aku nak jumpa ngan Syud ni. Apa2 pun, kepada sesiapa yg sudi melepak barang sekejap kat blog aku ni & terbaca post ni, aku ucapkan enjoy & layan & belilah buku ini.

talian nyawa lagi 1: http://ketikamembaca.blogspot.com/

1 comment:

Anonymous said...

Salam. Coretan saya mengenai Agenda Alam Hitam
http://pasalbuku.blogspot.com/search?q=Rahsia+Agenda+Alam+Hitam

Tak sabar nak tunggu sambungannya..hehehe