Wednesday, December 10, 2008


“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.

Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?

Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!

Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.

Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
Pandanganku tentang novel ini plak:
first masa baca intro & beberapa bab terawal, wah.. memang dapat imagine mcm mana rupernya citer dalam novel ni (terkenang plak memori masa aku & kawan2 berfamily day kat cameron highlands bulan april lepas). tapi memang aku suka la garapan citernyer. ye la.. bukan mudah nak belajar pasal sesuatu benda baru. walaupun tak diterangkan secara detail aku dah blh imagine kononnya aku berada di tempat dahlia & membuat segala kerja2 yang digambarkan dalam novel tu. daripada seorang yang bergelar archeologist bertukar haluan plak menjadi pengusaha ladang teh (walaupun xbyk yg diceritakan) lepas tu berubah plak jadi pengusaha rumah tumpangan (& mendapat sambutan lagi daripada Wadi Hanan).
kat sini tak banyak yang dapat aku keluarkan pandangan sebab skang aku tgh buntu sambil2 mendonlot software adobe acrobat 8 (masuk kali ni dah hampir puluh kali aku donlot benda yang sama tapi malang sungguh, kaspersky pegi delete akunyer keygen utk adobe ni. dah la tu, nak dijadikan cerita aku plak lupa p'word yg diberi utk extract keygennya. memang hampeh).
apa2 pun aku memang x sabar2 nak tunggu kemunculan novel2 baru keluaran jemari seni. sebab ceritanya kebanyakannya sebati ngan jiwa aku.

No comments: