Tuesday, November 04, 2008

RAAH - VAMPRHA oleh Zehann Ur Rakhie


Sinopsis Ringkas:

Pencarian Massurya Syah telah membawa dirinya mengembara ke benua-benua asing. Dia mengharungi peristiwa-peristiwa aneh dan berhadapan dengan ancaman yang tak putus. Kembara telah melangkaui sempadan antara realiti dan alam tersembunyi.
Wahai saudaraku ketahuilah, pemegang rahsia ke-7 itu tertakluk pada prilaku. Apabila kuasa dan ilmu menyatu hanya Iman jadi penentu, antara Dia dan aku, antara Khalik dan dewa palsu. Empunya diri akan mengenal urusannya akan yang hak pulang ke asal bagai roh kembali ke Sang Penciptanya.
"Kesamaran yang paling nyata adalah pandangan ke permukaan semata. Kita tidak akan mengetahuinya secara pasti sehingga kita terjun ke dalamnya dan menyelam ke dasar lubuk" - Massurya Syah.
Info: Novel terbaru karya Zehann Ur Rakhie ini sudah siap dicetak dan bila-bila masa sahaja akan berada di pasaran. Kepada follower yang mengikuti RAAH Kelahiran Mufrad, ikutilah sambungannya yang menyajikan penceritaan dan pengembaraan Massurya Syah yang lebih mendebarkan serta tidak jemu dibaca untuk mengetahui apakah kesudahannya. Jangan terlepas peluang untuk memiliki novel ini. FYI: tak rugi sekiranya membeli buku ini.

9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sahabat,

Sudah lama saya menanti terbitnya sekuel novel ini. Sudah ada di pasaran?

Knew R said...

w'salam.

yup, novel ini sudah berada di pasaran tapi kemungkinan hanya di beberapa kedai buku terpilih sahaja. sekiranya web sutera mahu melanggan terus dari publisher pun OK

Anonymous said...

Hi.. Saya "memburu" buku ni sepanjang Ahad tapi tak jumpa2.. awak beli kat mana ek?

silencez said...

salam..

saya nak minta izin, post cover & sinopsis ni dalam blog :)

tq.

silencez said...

salam..

saya nak minta izin, post cover & sinopsis ni dalam blog :)

tq.

Knew R said...

buku ni kalau x jumpa kat kedai mana2 buku, blh langgan terus dari pekan ilmu publications sdn. bhd., no 35 & 35M, jalan 6/4, pandan indah commercial park, 68000 ampang. no tepon: 03-42970792

Knew R said...

kpd silencez, spt mana permintaan anda, cover & sinopsis ringkas blh dibaca kat Ruang RelaxKu. tapi kalau nak tahu dengan lebih lanjut sket tambahan sinopsis nanti saya akan updatekan. tapi harap bersabar la sebab saya skang agak sibuk sket ngan keje

Rose Harissa said...

Salam singgah Knew R

harap tak muntah darah je membaca coretan sister2 kat gengkicap... terutama old sister yang bertudung merah nih... hehe...

peace V

fadz said...

Saya sudah masuk bab 20! Inilah novel advencer "the highest order" setakat ini, syabas Zehann!