Friday, January 16, 2009

CHINTA ~ Norhayati Berahim


Zahirnya dia lelaki yang sempurna, ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu, dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai satu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita.Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta? Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya.

Ulasan aku selepas membaca novel ini: apa yang aku x suka bila baca Chinta...

Aku tak suka bila membaca part yang ada kisah pak cik Kamal terutamanya di awal2 cerita. Begitu zalim dengan anak saudara sendiri walaupun Chinta tidak melakukan apa2 kesalahan. Lebih2 lagi bila Chinta kena sepak terajang bila dirasakan Chinta mengadu kerana tidak dapat masuk sekolah asrama kepada mak yongnya. pulak tu sayangnya pada Rodin melebih-lebih sampaikan sanggup jual tanah semata-mata nak tengok anak lelaki kesayangannya belajar sampai ke luar negara.

Aku juga tak suka bila baca part Saiful yang sanggup meninggalkan Chinta hanya kerana dikaburi oleh kecantikan dan wang yang dicanangkan oleh Akma. Lepas tu kadang2 timbul jugak rasa malu dalam dirinya kerana beribu dan berayahkan orang buta. Nampak sangat dia jenis lelaki pengikis apabila dia menyindir Chinta tidak pernah keluarkan duit apabila mereka keluar makan bersama, asyik2 dia yang kena belanja. Walaupun dia dah tahu Akma masih dalam proses perceraian tetapi dia tetap rela dirinya dijadikan toys bosnya itu.

Puan Shima @ Puteri Shima dan Raja Farah pun sama juga. Sebagai seorang bekas pembantu rumah yang berkahwin dengan anak orang kaya, Puan Shima sepatutnya sedar diri dan bersyukur di atas kesenangan yang dikecapinya. Sebaliknya dia lupa diri sehingga sanggup curang terhadap suami dan mengabaikan rumah tangganya. Manakala Raja Farah pula walaupun dia merupakan anak angkat kepada orang kaya yang sebenarnya adalah ibu dan bapa kandung kepada chinta dia tidak seharusnya berlagak dengan kekayaan dan gelaran raja yang dimilikinya. Kadang2 saya pun tak faham dengan sikap perempuan yang menggedik bila sukakan seseorang. Dia tak tahu ke Raja Akid rimas dengan peelnya yang manja dan mengada-ngada tu?

Rodin sememangnya anak yang tak tahu diuntung. Kalaupun dia mendapat perhatian yang terlebih dari ayahnya, tapi jangan lah sampai lupa diri dan mengabaikan tanggungjawabnya pada ayahnya yang dah bersusah payah membesar dan menghantarnya belajar sampai ke luar negara. Sudah la tu, kahwin pun tidak diberitahu pada ibu bapanya. Nasib baik pak cik Kamal cepat sedar sebelum terlambat.

Apa2 pun aku puas hati baca citer ni. Ternyata Norhayati Berahim tak pernah menghampakan aku dengan karya2nya yang buat aku angkat ibu jari setiap kali lepas membacanya, juga membuatkan aku asyik nak mengulang membacanya banyak2 kali tanpa rasa jemu. Lebih2 lagi karyanya yang bertajuk Pesanan Terakhir Seorang Lelaki.

No comments: