Friday, January 16, 2009

SERASI DI HATI ~ Nora Ismail


Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa-biasa sahaja. Tidak ada rasa sayang, tidak ada rasa kasih... Bahkan Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama-sama berasa serasi di hati.

Ulasan aku mengenai novel ini:
Finally, dapat jugak aku mengulas sedikit sebanyak pasal citer buku epal hijau ni. Teringat plak bila masa mula2 aku survey novel ni untuk dibeli, aku bertanya pada Kak Nora, ceritanya macam mana..? Ringkas je Kak Nora menjawab, citer yang gatal2. Terpinga2 gak la aku nak memahaminya. OK, masuk bab ulasan.
So far, citer ni termasuk dalam kategori best jugak la dalam kamus bacaan aku. Sebabnya, aku suka dengan kesungguhan si Zarul dalam mengejar cinta Edrinaz. Tak putus asa walaupun dia tahu hati Edrinaz tak mungkin berpaling kepadanya memandangkan Edrinaz sayang giler pada suaminya; si Azman. Bagi aku, si Azman pulak berada dalam kategori lelaki DAYUS kerana sebagai ketua dan peneraju utama dalam sebuah rumah tangga, dia ni tak boleh jadi leader. Mungkin sebab terlalu dimanjakan oleh Edrinaz yang menyintai suaminya itu separuh mati. Pulak tu mudah termakan hasutan si Ju. Mungkin sebab hati si Azman ni tidak sepenuhnya diberi kepada isterinya. Untung pulak bila memikirkan watak Azman ni walaupun tak cinta pada isterinya tapi masih mahu meneruskan rumah tangga mereka kerana Edrinaz biasanya akan memberikannya wang belanja setiap hujung bulan. Kalau pun tak berpelajaran tinggi mana kenalah rajin berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Jangan terlalu bergantung pada orang lain walaupun orang itu adalah isterinya sendiri. Seperti yang orang tua2 selalu bagitahu sampai bila aku nak tongkat langit pada anak2nya yang malas berusaha dan terlalu bergantung pada keluarga.
Watak si Zalina pun sangat aku tak suka. Ada ke pulak cam gitu. Dapat suami walaupun dah tua punya la baik tapi sempat lagi nak mengejar Zarul. Terlalu obsess dengan kesempurnaan fizikal yang ada pada diri pemuda kacukan itu. Tapi aku sempat jugak berpendapat 'padan muka' bila dia diceraikan oleh suaminya malahan dia juga ditendang dari butiknya. T'pk jugak aku kat luar sana sebenarnya ada jugak manusia sebegitu. Cuma kita tak tahu siapa.
Tapi hati aku agak tercuit kelucuan bila selepas Zarul dan Edrinaz akhirnya berkahwin dan menanti kelahiran cahayamata yang pertama, Zarul pulak yang mengalami morning sickness. Siap mengidam nak makan macam2. Tapi seronok jugak bila ada penulis yang mengetengahkan perihal morning sickness yang ditanggung oleh para suami. Biasanya aku hanya membaca perihal pompuan mengandung yang mengalami morning sickness. Good info.
Tak banyak ulasan yang aku berikan di sini sebab kalau rasa citer ni best dan nak tahu lebih lanjut lagi, kena la beli sendiri dan baca.. Apa2pun, enjoy the stories..

No comments: